
SAHABAT;
Tabahkanlah hatimu menempuhi dugaan,
Tenangkanlah dirimu dalam kesedihan,
Redhailah segala ketentuan,
Semua yang berlaku adalah suratan,
Menguji keimanan setiap insan,
Tanpa ujian tiada kekuatan,
Kekuatan lahir dari dugaan.
Usah ditangisi setiap kesusahan,
Usah melampaui dengan kesenangan,
Usah berbangga setiap kejayaan,
Usah kecewa dengan kegagalan,
Usah merungut setiap kejadian,
Usah takbur dengan kesedihan,
Usah malu dengan kekurangan,
Kerana semua itu hanyalah ujian menguji seteguh mana keimanan…….
Wallahua’lam…..